32.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Ismail Sabri rai anak yatim, pastikan tak terpinggir

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meraikan anak-anak yatim di Rumah Amal Asnaf Al-Barakh di Keramat, Kuala Lumpur sempena Program Kongsi Rezeki Ramadan.

Ismail Sabri berkata, anak-anak yatim merupakan golongan istimewa yang perlu disantuni bukan sahaja pada bulan Ramadan tetapi sebagai tanggungjawab kita yang berkemampuan untuk meneruskannya di setiap masa.

Antara sumbangan yang dihulurkan sempena Program Kongsi Rezeki Ramadan di Rumah Amal Asnaf Al-Barakh, di Keramat, Kuala Lumpur.

“Kunjungan ini bertujuan meraikan anak-anak yatim yang tinggal di rumah tersebut bagi memastikan mereka tidak merasa terpinggir khususnya di bulan Ramadan ini.

“Malah, program ini juga memupuk semangat sebuah keluarga, Keluarga Malaysia, untuk saling bantu membantu khususnya untuk golongan memerlukan di bulan yang mulia ini,” katanya hari ini.

Advertisements
Seramai 41 penghuni Rumah Amal Asnaf Al-Barakh diraikan sempena Program Kongsi Rezeki Ramadan di Keramat, Kuala Lumpur.

Dalam program tersebut, beliau turut menyampaikan sumbangan barang keperluan dan wang tunai untuk membantu pihak pengurusan rumah itu.

Seramai 41 orang anak-anak yatim yang berusia di antara lapan bulan sehingga 14 tahun tinggal di Rumah Amal Asnaf Al-Barakh.

Untuk rekod, program Kongsi Rezeki Ramadan yang bermula pada 1 Ramadan lalu turut diadakan bagi menyantuni golongan asnaf serta mahasiswa institut pengajian tinggi termasuk mengagihkan 3,000 pek makanan berbuka puasa.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

TLDM tubuh lembaga siasatan tragedi nahas dua helikopter

TENTERA Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian maut melibatkan dua buah helikopter...

Lagi Artikel Berkaitan