27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Dua negeri alami cuaca buruk petang ini

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

Penduduk di negeri Pahang dan Johor diberi amaran hujan lebat dan ribut petir.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), cuaca yang tidak menentu itu melibatkan beberapa kawasan di setiap negeri yang terbabit sehingga pukul 5 petang ini.

“Di Pahang, kawasan yang dijangka mengalami hujan lebat serta ribut petir di Pekan dan Rompin.

Advertisements

“Antara kawasan yang terjejas di Johor pula ialah di Segamat, Kluang, Mersing, dan Kota Tinggi,” katanya di sini tadi. 

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan