25.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024


11 pasar raya sertai jualan RAHMAH peringkat Negeri Sembilan

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

JUALAN Rahmah yang diperkenalkan oleh Kerajaan Perpaduan bagi membantu rakyat yang terkesan dengan terkesan dengan kos sara hidup semakin diterima baik oleh pasar raya besar.

Terbaharu, 11 buah pasar raya di seluruh Negeri Sembilan dilancarkan melalui anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan bersama Kerajaan negeri disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Timbalan Menteri, Fuziah Salleh.

KPDN dalam satu kenyataan pada media hari ini berkata, 11 pasar raya yang terlibat ialah AEON Co. (M) Bhd.; Billion Shopping Centre (PB) Sdn Bhd; Econsave Cash & Carry Sdn Bhd; EconMart Sdn Bhd;  Family Store Sdn. Bhd; Giant Hypermarket (GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd); Jakel Trading Sdn. Bhd.; MYDIN (Mydin Mohamed Holdings Berhad); TF Value-Mart Sdn.Bhd; Tunas Manja Group; dan Zemart Sdn. Bhd.

“4 buah pasar raya yang terlibat dengan Jualan RAHMAH ini turut menawarkan Menu RAHMAH kepada pelanggan iaitu Pasar raya AEON BIG, Pasar raya Giant, Pasar raya MYDIN dan juga Pasar raya Lotuss,” kata kenyataan itu.

Selain itu, Inisiatif ini akan diadakan selama tiga hari bermula 7 hingga 9 April 2023 secara serentak di kesemua pasar raya yang terlibat.

Advertisements

Tambahnya, setiap pengunjung Family Store Sikamat pada hari ini turut diberikan Baucer E-wallet RM20 untuk digunakan semasa membeli- belah di pasar raya tersebut.

“Turut berlangsung adalah Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin yang merupakan program anjuran Kerajaan Negeri Sembilan dan Agensi Kerajaan seperti FAMA Negeri Sembilan, Jabatan Pertanian Negeri Sembilan, Jabatan Veterinar Negeri Sembilan dan Jabatan Perikanan Negeri Sembilan,” ujarnya.

Dalam kenyataan sama, jualan tersebut dilaksanakan bagi membolehkan rakyat Negeri Sembilan mendapatkan barangan keperluan dengan harga yang lebih murah dari harga pasaran.

Di samping itu, KPDN Negeri Sembilan turut mengalu-alukan penyertaan pasar raya dan pengusaha makanan untuk menyokong usaha Kerajaan dengan menyertai Inisiatif Payung RAHMAH.

“Inisiatif Payung RAHMAH yang merangkumi lima (5) program utama iaitu Bakul RAHMAH, Jualan RAHMAH, Menu RAHMAH, Pakej RAHMAH dan Kafe RAHMAH yang akan terus dipromosikan oleh KPDN di seluruh negara tahun ini,” katanya lagi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan