34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Kalimah Allah: Perhalusi dengan cermat keputusan tarik balik rayuan – Sultan Johor

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Persekutuan hendaklah memperhalusi dengan cermat dan sebaik-baiknya kesan keputusan menarik balik rayuan yang difailkan di Mahkamah Rayuan Putrajaya berhubung penggunaan kalimah Allah, titah Sultan Johor Sułtan Ibrahim Sułtan Iskandar.

Titah baginda, ia susulan keputusan kerajaan pada 18 April lalu untuk menarik balik rayuan yang difailkan di Mahkamah Rayuan Putrajaya terhadap penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 10 Mac 2021 dalam semakan kehakiman Jill Ireland bt Lawrence Bill lwn. Menteri bagi Kementerian Dalam Negeri & Anor.

Baginda bertitah, langkah itu berikutan keputusan tersebut berkait rapat dengan isu yang berada dalam sempadan agama Islam dan sentimen umat Islam negara ini.

“Peraturan, tindakan kawalan, penguatkuasaan dan penyelarasan tentang kalimah Allah mesti diperinci tanpa menjejaskan fatwa dan enakmen negeri supaya keharmonian dan perpaduan masyarakat majmuk kita akan terus terpelihara,”titah baginda.

Advertisements

Sultan Ibrahim bertitah, baginda tetap berpendirian bahawa penerbitan, percetakan, penyiaran dan pengedaran sebarang bahan yang mengelirukan rakyat, terutamanya umat Islam, tidak akan dibenarkan di negeri Johor selari dengan kedudukan Islam di dalam Undang Undang Tubuh Negeri Johor 1895.

Titah baginda di Johor, fatwa yang diwartakan pada 4 Jun 2009 jelas menyatakan: “Penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam adalah tidak diharuskan, tidak dibenarkan, serta ditegah dan dilarang.”

“Negeri Johor juga mempunyai Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-Agama Bukan Islam 1991 yang melarang penggunaan kalimah-kalimah yang dikhususkan secara eksklusif untuk umat Islam dan tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam kecuali dalam keadaan atau amalan yang dibenarkan oleh perundangan, seperti dalam senikata Lagu Bangsa Johor,”titah baginda. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan