29.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 6, 2023

Kad merah Vinicius Jr. ditarik balik, Valencia dihukum

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERSEKUTUAN Bolasepak Diraja Sepanyol (RFEF) menarik semula layangan kad merah yang diberikan kepada penyerang Real Madrid, Vinicius Jr. ketika aksi La Liga menentang Valencia Ahad lalu.

Vinicius Jr. menjadi sasaran kelompok penyokong tuan rumah yang menghina pemain itu dengan membuat bunyi monyet ketika perlawanan yang menyaksikan Valencia menang 1-0 ke atas Real Madrid. 

Susulan itu, Valencia pula dikenakan tindakan akibat tindakan tidak bermoral yang ditunjukkan penyokong mereka.

REFF menetapkan kelab tersebut didenda sebanyak RM228,000 dan mengarahkan kawasan penyokong Mario Kempes Stand ditutup untuk lima perlawanan.

Keputusan itu dibuat oleh panel tiga individu yang mewakili Persatuan Bola Sepak (FA) Sepanyol , Kementerian Kebudayaan Sepanyol dan La Liga.

Valencia diberikan tempoh 10 hari bagi membuat rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan terhadap hukuman yang dikenakan.

Baca juga:   Komen berbaur rasis: Polis tetap akan siasat 'Borhan Che Rahim'

Untuk rekod, ini merupakan hukuman berat pertama yang dikenakan oleh FA Sepanyol musim ini biarpun pemain sayap Brazil itu pernah menjadi sasaran perkauman dalam 10 kejadian berasingan.

Ini termasuk laungan perkauman ketika menentang Real Valladolid, sorakan atau chant berunsur ugutan bunuh di Nou Camp dan patung yang digantung di sebuah jambatan oleh penyokong Atletico Madrid.

Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dilaporkan mengadakan perbincangan mengejut berhubung pendirian umum terhadap siri perkauman yang diterima Vinicius Jr. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Kerajaan sengaja lewat bentang Akta Pendanaan Politik

KERAJAAN didakwa sengaja melewat-lewatkan pembentangan Akta Pendanaan Politik dengan memberi alasan memerlukan masa untuk libat urus dengan semua parti...

Lagi Artikel Berkaitan