34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

SAABM 2023 platform memartabat, perluas penggunaan bahasa Melayu

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SIMPOSIUM Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu (SAABM) 2023 merupakan platform terbaik dalam memartabat dan memperluaskan penggunaan Bahasa Melayu ke peringkat ASEAN dan antarabangsa.

Pengerusinya, Kamarazaman Yacob berkata, simposium dua hari anjuran Ikhtisas Kepimpinan Kamarazaman (IKK) itu akan diadakan pada 25 dan 26 September ini di Hotel Le Quadri, UCSI, Kuala Lumpur.

Jelas beliau, simposium tersebut turut mendapat kerjasama Pejabat Perdana Menteri Ke-9, Kumpulan UCSI, Komuniti Pensyarah ASEAN, Thai Global Business Administration Technological College (TGBC) dan Rajamangala University Of Technology (RMUTT) Thailand.

“Matlamat utama simposium ini adalah bagi menyahut kenyataan yang mahukan Bahasa Melayu dimartabatkan dalam negara dan diperluas penggunaannya di peringkat ASEAN dan antarabangsa di samping memperkasa sosial budaya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Bersempena simposium, turut diadakan Malam Gema Puisi 2023 sebagai lanjutan Malam Kemuncak Jelajah Puisi Merdeka Keluarga Malaysia.

Advertisements

SAABM 2023 adalah aspirasi daripada Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu 2022 yang telah diadakan pada 22 hingga 24 Mei 2022 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur.

Simposium ini dijangka akan dirasmikan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan turut mendeklamasikan puisi pada Malam Gema Puisi 2023.

Sementara itu, Kamarazaman berkata, SAABM berupaya menjadi medium pejuang Bahasa Melayu menyuarakan pandangan dan idea untuk menyebar luaskan semangat perjuangan sama ada di dalam negeri mahupun antarabangsa.

“Alhamdulillah, kita berjaya menarik beberapa tokoh pejuang bahasa untuk menjadi panel dan moderator bagi sidang dan forum seperti Penerima Anugerah SEA Write 2011, Syed Mohd Zakir Syed Othman dan aktivis sosial dan penulis, Hishamuddin Rais,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Rondaan Maritim Malaysia jadikan perairan negara lebih selamat

PENINGKATAN penguatkuasaan dan rondaan yang dilaksanakan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menjaga keselamatan perairan negara telah menjadikan...

Lagi Artikel Berkaitan