27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Pendakwaan terhadap Sanusi ada dalam undang-undang – PM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan bahawa kerajaan melakukan tindakan kekerasan terhadap pemimpin pembangkang dengan menjalankan siasatan dan mendakwa mereka di mahkamah.

Anwar yang menjawab persoalan berhubung pendakwaan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kerana membuat kenyataan berbaur hasutan terhadap Sultan Selangor, menegaskan tuduhan menghasut terhadap Menteri Besar Kedah itu sememangnya ada dalam peruntukan undang-undang negara.

“Bahagian (tuduhan) itu sudah ada, ia dalam peruntukan undang-undang… Jika anda lihat, terdapat kritikan terhadap perdana menteri, tetapi saya tidak mendakwa mereka kerana menghasut malah setiap hari saya ‘didera’ dan tidak ada yang didakwa.

“Tetapi jika anda menyentuh mengenai raja dan sultan, itu kita ada undang-undang…ia tidak serius (berbanding tuduhan lase-majesty iaitu menghina Raja di Thailand) tetapi undang-undang itu ada,” katanya.

Anwar berkata, walaupun beliau sendiri dihina setiap hari, tiada sesiapa yang didakwa (dengan pertuduhan menghina).

Perdana Menteri berkata demikian ketika ditemu bual oleh Christiane Amanpour yang berlangsung di New York dan disiarkan oleh CNN pada jam 1 pagi waktu tempatan hari ini.

Ketika ditanya adakah beliau merasakan (undang-undang) itu adalah betul, Anwar berkata, melainkan pindaan dibuat terhadap peruntukan berkenaan, maka boleh dipertimbangkan sama ada untuk membuat pendakwaan atau tidak.

“Sistem beraja mempunyai ikatan iaitu keperluan untuk melindungi institusi yang sudah diputuskan sejak merdeka, dan itulah sistem yang kita warisi.

Advertisements

“Oleh itu, apabila seseorang itu dianggap menghina raja, dan tuduhan dikemukakan oleh Peguam Negara, itu adalah undang-undang. Sehinggalah kita dapat memindanya, undang-undang itu terpakai dan berterusan.

“Saya tidak boleh mengkritik pihak pendakwaan terutamanya apabila kita menyentuh ‘mengenai soal raja-raja.

“Jika isunya ialah kritikan terhadap perdana menteri, dan perdana menteri mengambil tindakan, maka kritikan itu sah. Jika tidak, kita perlu menghadapinya,”katanya.

Amanpour sebelum itu membangkitkan keputusan Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram dan mempersoalkan mengapa kerajaan ‘menutup satu bahagian’ dan pada masa sama menjalankan siasatan serta pendakwaan ke atas pembangkang pula.

Beliau juga merujuk kepada kritikan yang dilemparkan oleh penyokong PKR, Hassan Karim dalam aplikasi X yang menyatakan “Anwar lebih mementingkan kelangsungan kerajaan dan kuasanya daripada agenda reformasi yang dijanjikannya kepada rakyat”, yang disifatkan sebagai mengabaikan matlamat pembaharuan berhubung pendirian anti rasuah.

Anwar sebaliknya berkata, kritikan itu perlu diambil secara positif di mana ahli parti menyatakan kritikan terhadapnya, yang menunjukkan ia adalah satu proses demokrasi.

Disoal bahawa beliau seperti tidak menyokong agenda awalnya Anwar menjawab, “kritikan ini, apa yang anda harapkan saya lakukan? Adakah saya kemudian mengarahkan Peguam Negara untuk mengubah keputusannya?. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kardinal lancar koleksi vape edisi Lumina kurang nikotin

JENAMA rokok elektronik atau vape, Kardinal tampil memperkenalkan koleksi terbaharu mereka iaitu Lumina. Lumina didatangkan ekslusif dalam edisi Raya Discovery Pack Untuk Lumina yang...

Lagi Artikel Berkaitan