27.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Malaysia tidak memihak kepada satu kuasa besar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tiada mana-mana pihak yang boleh memaksa Malaysia memihak kepada satu kuasa besar sama ada China atau Amerika Syarikat (AS).

Dalam wawancara eksklusif bersama CNN hari ini, Perdana Menteri berkata, Malaysia adalah sebahagian daripada ASEAN yang sentiasa memegang kepada prinsip pemusatan (centrality) dan menjadi tanggungjawab negara untuk mengekalkan hubungan baik antara kedua-dua kuasa besar itu.

“Mereka tidak boleh memaksa kita berpihak ketika ada ketegangan antara kedua-dua negara.

“China adalah jiran penting dan rapat dengan kita, AS pula kawan lama yang bertanggungjawab memulakan pelaburan dan membantu membangunkan negara.

“Apa yang kita minta, serahkan kepada proses demokrasi dan suasana yang aman, fokus kepada perkasa hubungan.

“AS adalah rakan tradisional sejak sekian lama, jadi saya fikir AS perlu lebih proaktif dalam mengekalkan tradisi hubungan diplomatik termasuk dalam soal ekonomi dan kebudayaan,” katanya ketika ditemubual oleh koresponden media terkenal CNN, Christiane Amanpour.

Namun, Anwar mengakui bimbang apabila China memaparkan sebuah Peta Standard China 2023 yang diumumkan pada Sidang Kemuncak G20 2023 kerana peta itu turut meliputi laut di Malaysia.

Advertisements

Beliau bagaimanapun berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Perdana Menteri China, Li Qiang dan Menteri Luar China, Wang Yi berhubung isu tersebut.

“Saya ada hubungan baik dengan Wang Yi dan Li Qiang. Jika ada isu yang boleh dipertikaikan, kita boleh berunding dan kita sangat gembira kerana maklum balas mereka adalah jelas. Mereka tidak akan melakukan apa-apa yang menyebabkan ketegangan dengan rakan-rakannya.

“Kita akan terus berunding dan ia sangat meyakinkan dan saya ada bertemu dengan Li Qiang sekali lagi beberapa hari lalu. Dia mengulangi bahawa sekurang-kurangnya untuk Malaysia, saya amat berpuas hati,” katanya.

Di sebalik itu, Anwar berharap China dapat menyelesaikan isu dengan negara lain termasuk Taiwan tanpa menjejaskan rantau Asia.

“Kedudukan dasar luar China kita terima, tetapi sudah tentu kita bimbang bahawa apa-apa jenis pergolakan di kawasan itu akan memberi kesan buruk kepada rantau ini. 

“Saya tidak percaya mereka akan bersikap agresif atau provokatif, kedua-dua pihak elakkan provokasi yang tidak perlu, Malaysia hanya sebuah negara kecil tapi kita minta mereka tangani isu ini dan mereka beri maklum balas dengan sangat baik dan bersedia untuk mendengar,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan