26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, December 4, 2023

PM temui rakyat, pelajar Malaysia di New York

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri majlis makan malam bersama rakyat dan pelajar Malaysia di kotaraya New York.

Anwar ditemani isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada majlis makan malam bersama kira-kira 1,000 orang itu yang dihoskan Perdana Menteri dan Kedutaan Besar Malaysia di New York.

Turut hadir Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Nazri Aziz; Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abd Kadir; Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Turut meraikan rakyat kita, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa; Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Datuk Ahmad Faisal Muhamad dan beberapa Ahli Parlimen serta pegawai kerajaan.

Anwar, yang tiba di bandar raya ini pada Rabu, sebelum itu menyampaikan Kenyataan Negara Malaysia pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.

Terdapat kira-kira 25,000 rakyat Malaysia menetap di Amerika Syarikat. – Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Lantik Raja Affandi sebagai Ahli Dewan Negara – Shabery

KERAJAAN diminta mempertimbangkan cadangan melantik calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Jeneral (B) Tan Sri...

Lagi Artikel Berkaitan