27 C
Kuala Lumpur
Tuesday, January 21, 2025

Takaful IKHLAS jalin kerjasama dengan UKM, sedia kemudahan bekalan air bersih

Mesti Baca

TAKAFUL Ikhlas General Berhad (Takaful IKHLAS) menjalin kerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi membantu meningkatkan penyaluran sumber air bersih kepada penduduk di kawasan sekitar Politeknik Kota Bharu, Kelantan.

Menerusi kerjasama itu, Takaful IKHLAS menyumbang sebanyak RM180,500 kepada UKM melalui Yayasan Canselor dan Fakulti Sains dan Teknologi (FST), bagi kerja-kerja penyelidikan geologi dan geofizik serta pembinaan telaga tiub dan sistem rawatan air di politeknik itu.

Takaful IKHLAS berkata, kerjasama pembinaan telaga tiub ini adalah salah satu daripada aktiviti dibawah IKHLAS Barakah House (IBH) iaitu satu inisiatif pengumpulan dana patuh syariah oleh pihaknya.

“Ia bertujuan untuk menjana pembangunan dan kelestarian masyarakat yang positif melalui bantuan kewangan dan aktiviti-aktiviti yang merangkumi pembabitan masyarakat dengan lima fokus utama iaitu pemerkasaan bidang pendidikan, ekonomi, masyarakat, kesihatan dan juga alam sekitar.

“Sehingga ke hari ini, IBH sudahpun mengagihkan sebanyak lebih RM5 juta dan menjayakan lebih 67 inisiatif,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisements

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS, Datuk Rudy Rodzila Che Lamin, berkata kerjasama antara Takaful IKHLAS dan UKM adalah sebahagian daripada program Perantaraan BerasaskanNilai takaful (Value Based Intermediation for Takaful) dan program kelestarian masyarakat yang dapat memanfaatkan penduduk dan komuniti setempat.

“Program seperti ini juga dapat menggalakkan aktiviti penyelidikan dan kepakaran warga pendidik serta pelajar institusi pengajian tinggi di negara ini.

“Kami berharap kerjasama yang dijalinkan dapat memberi impak yang positif dan dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat” katanya.

Majlis penyerahan dan perasmian telaga tiub itu disempurnakan Rudy Rodzila dan disaksikan Pengarah Politeknik Kota Bharu, Mohd Fikri Ismail, serta Pengarah Yayasan Canselor UKM, Prof Ts Dr Faizal Mohamed, di Politeknik Kota Bharu, Kelantan pada 14 September lalu. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

JKM sahkan mangsa pukul di Kemaman pemegang kad OKU

JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) mengesahkan lelaki yang dipukul beramai-ramai di Pasar Tani Padang Astaka, Kemaman, Terengganu pada 17 Januari...

Lagi Artikel Berkaitan