26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Saingan tiga penjuru di PRK DUN Pelangai

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PROSES penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai menyaksikan pertembungan tiga penjuru termasuk calon Bebas.

Kerusi tersebut menyaksikan saingan antara Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bentong, Datuk Amizar Abu Adam yang mewakili Barisan Nasional (BN); Kasim Samat dari Perikatan Nasional (PN) serta calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli.

Keputusan tersebut diumumkan Pegawai Pengurus PRK DUN Pelangai, Datuk Mohammad Shahid Ismail selepas proses penamaan calon ditutup pada pukul 10 pagi tadi.

“Saya dengan ini memaklumkan menerima tiga kertas penamaan daripada tiga calon bagi pemilihan ke DUN Pelangai, Amizar telah mengemukakan kertas penamaan pada pukul 9.01 pagi, diikuti Kasim (9.02 pagi) dan Haslihelmy (9.08)

Advertisements

“Saya telah menyemak kertas-kertas penamaan dan setelah selesai disemak, saya berpuas hati memutuskan tiada calon yang ditolak kertas penamaannya,” katanya dalam sidang media di pusat penamaan calon di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul, hari ini.

PRK DUN Pelangai diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, di Shah Alam, Selangor, bulan lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 3 Oktober sebagai hari mengundi awal dan 7 Oktober untuk hari pengundian.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Johari menang dengan majoriti 4,048 undi menewaskan calon PN, Kasim yang mendapat 3,260 undi, Ahmed Wafiuddin Shamsuri (Pakatan Harapan – 2,031 undi) dan Isa Ahmad (Pejuang – 65 undi). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan