30.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 29, 2023

PRK: Bertanding calon Bebas, UMNO gugur keahlian Haslihelmy 

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEAHLIAN Pemuda UMNO Bahagian Bentong, Haslihelmy DM Zulhasli digugurkan serta-merta susulan tindakannya bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keahlian Haslihelmy terlucut selepas Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang dinamakan sebagai calon bebas untuk PRK tersebut.

“Walaupun beliau menjadi calon Bebas, secara automatik mulai hari ini keahlian beliau gugur,” katanya kepada pemberita di Pusat Penamaan Calon Dewan Orang Ramai Felda Kemasul, Bentong, hari ini.

Terdahulu, Haslihelmy dilihat tiba di pusat penamaan calon pada pukul 9.05 sebelum menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.08 pagi.

Media sebelum ini melaporkan, Haslihelmy menyatakan sedia dipecat dan menegaskan keputusan bertanding adalah bagi memastikan suara rakyat terutama generasi muda di Pelangai didengar.

PRK DUN Pelangai menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Haslihelmy, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bentong, Datuk Amizar Abu Adam yang mewakili Barisan Nasional (BN) dan Kasim Samat dari Perikatan Nasional (PN).

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Datuk Seri Johari Harun dari BN menang dengan majoriti 4,048 undi.

Beliau menewaskan tiga calon lain termasuk Kasim (Pn) yang mendapat 3,260 undi, Ahmed Wafiuddin Shamsuri (Pakatan Harapan – 2,031 undi) dan Isa Ahmad (Pejuang – 65 undi). – Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Kumpulan nasyid Aeydan enggan dibayangi Rabbani

MENYEDARI mereka dilahirkan sebagai anak-anak Rabbani, ramai beranggapan kumpulan nasyid Aeydan bakal menyambung legasi kumpulan itu. Namun begitu, ia membuatkan...

Lagi Artikel Berkaitan