33.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Empat FIC baharu TLDM bakal tingkat keberkesanan operasi

Mesti Baca

EMPAT buah bot pemintas laju (Fast Interceptor Craft – FIC) yang diterima oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bakal meningkatkan keberkesanan operasi di pesisir pantai.

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, ini khususnya dalam memerangi kegiatan jenayah rentas sempadan, ancaman bukan tradisional dan ancaman asimetrik.

Beliau berkata, empat buat FIC yang diterima daripada Gading Marine Industry Sdn Bhd (GMISB) itu adalah sebahagian daripada keseluruhan 13 buah FIC yang ditempah.

“Pembinaan FIC ini melibatkan tiga fasa secara keseluruhannya, dengan TLDM akan menerima secara berperingkat sebanyak 13 buah FIC yang menjanjikan keberkesanan operasi TLDM di perairan pesisir pantai.

“Perolehan FIC ini akan menjadi force multipliers baharu yang akan meningkatkan lagi keberkesanan operasi TLDM, khususnya dalam memerangi kegiatan jenayah rentas sempadan, ancaman bukan tradisional, dan ancaman asimetrik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

FIC G2000 Mk II

Sebelum itu Khaled menyaksikan Majlis Penyerahan FIC G2000 Mk II (Fasa Pertama) oleh GMISB di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sabah.

Penyerahan aset baharu TLDM itu disempurnakan oleh Pengarah Urusan GMISB, Datuk Ir. Jamalolail Mohd Yatim kepada Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob.

Advertisements

Khaled berkata, FIC yang direka khas itu mempunyai ciri-ciri kecekapan, kelajuan, dan ketepatan yang tinggi.

Katanya, ini membolehkan TLDM bertindak dengan lebih cepat dan efektif dalam mengatasi ancaman yang kerap berlaku di kawasan perairan negara.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata, perolehan FIC itu adalah bukti komitmen TLDM untuk sentiasa siap siaga bagi menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang, terutamanya dalam menangani ancaman bukan tradisonal.

Beliau berkata, keempat-empat FIC G2000 Mk II yang diterima ini akan ditempatkan di Markas Wilayah Laut 2 Sandakan bagi membendung dan menyekat kegiatan jenayah rentas sempadan meliputi pengekangan kemasukan pendatang asing tanpa izin, penyeludupan, pelanunan serta rompakan laut.

Abdul Rahman berkata, FIC G2000 Mk II ini dilengkapi dengan Remote Control Weapon Station (RCWS) Escribano yang membolehkan penembakan senjata jenis CANiK M2 Quick Change Barrel (QCB) 12.7mm Heavy Machine Gun (HMG) dilaksanakan secara automatik.

“FIC G2000 Mk II dengan panjang 18 meter ini juga dilengkapi dengan enjin yang lebih berkuasa dan berkemampuan untuk mencapai kelajuan sehingga 52 knot,

“Selain itu, susun atur dalaman FIC ini juga telah ditambah baik bagi memberikan lebih keselesaan kepada kru ketika melaksanakan operasi,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan