29.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Primula Beach Hotel ditutup 14 hari susulan kes Covid-19

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Primula Beach Hotel di Kuala Terengganu ditutup selama 14 hari bermula hari ini sehingga 18 September depan susulan penularan Covid-19 di premis berkenaan.

Memetik laporan Harian Metro, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, arahan penutupan itu dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu (PKDKT) selepas mengambil kira hasil daripada penilaian risiko susulan dari kes pertama Covid-19 yang dilaporkan pada 20 Ogos lalu.

“Penutupan sesuatu premis adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah memuat naik berhubung penularan jangkitan kes di hotel milik kerajaan negeri Terengganu itu.

Penutupan bahagian dapur dan restoran hotel berkenaan pada 29 Ogos lalu adalah berdasarkan penilaian risiko yang jangkitan hanya tertumpu di bahagian berkenaan.

Setakat hari ini jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 dalam kalangan pekerja adalah 26 kes yang turut membabitkan pekerja daripada bahagian yang berlainan.

Rentetan daripada itu, pihak PKDKT mengarahkan penutupan keseluruhan premis bermula hari ini sehingga 18 September depan bagi tujuan sanitasi dan mengekang penularan dalam kalangan pekerja di hotel berkenaan.

Baki keseluruhan pekerja akan disaring bermula esok.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan