32.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Australia lancar dos kelima vaksin COVID-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AUSTRALIA akan melancarkan dos kelima vaksin COVID-19 akhir bulan ini kepada semua warganegaranya yang berumur 18 tahun ke atas tanpa mengira status vaksinasi.

Menurut Menteri Kesihatan, Mark Butler, keputusan itu memperluaskan kelayakan suntikan dos penggalak merangkumi kira-kira 14 juta orang yang akan ditawarkan vaksin khusus varian Omicron mulai 20 Februari.

Sebelum ini, hanya individu yang mengalami gangguan imun yang serius disyorkan untuk mengambil dos kelima.

Australia telah memberikan dua dos vaksin kepada 95 peratus individu yang berumur 16 tahun ke atas.

Advertisements

Ini telah membantu Australia secara relatifnya mengekalkan bilangan kes COVID-19 yang rendah berbanding dengan negara ekonomi maju yang lain.

Bagaimanapun untuk dos penggalak ketiga dan keempat agak perlahan dengan masing-masing mencatatkan 72 peratus dan 44 peratus.

Butler berkata, individu yang berumur 65 tahun ke atas kekal berisiko tinggi mendapat penyakit kritikal dan kematian akibat koronavirus.

Oleh itu, beliau menggesa mereka untuk mengambil suntikan kelima jika mereka layak. – AGENSI

Advertisements

Terkini

Tak boleh tolak permohonan pelanggan tidak fasih bahasa Melayu

PARA pegawai Jabatan Imigresen Malaysia tidak dibenarkan menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan. Bagaimanapun, menurut Ketua...

Lagi Artikel Berkaitan