26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Malaysia, Australia bincang usaha tingkat kerjasama di bawah CSP

Malaysia juga mengalu-alukan sambutan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia, yang akan diadakan pada 4 hingga 6 Mac 2024 di Melbourne

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA dan Australia telah mengadakan perbincangan bagi meningkatkan hubungan dan kerjasama dua hala dalam pelbagai sektor di bawah kerangka Rakan Kerjasama Strategik Komprehensif (CSP), kata Perdan Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar perkara itu dibincangkan dengan rakan sejawat beliau dari Australia, Anthony Albanese sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-43 di Jakarta, Indonesia semalam.

Perdana Menteri memaklumkan, Malaysia juga mengalu-alukan sambutan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia yang akan diadakan pada 4 hingga 6 Mac 2024 di Melbourne bagi memperingati Ulang Tahun ke-50 Hubungan Dialog ASEAN-Australia.

“Peluang ini ruang untuk bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu yang berkepentingan bersama, termasuklah perkembangan serantau dan antarabangsa.

“Selain turut membincangkan mengenai Mesyuarat Pemimpin Tahunan Malaysia-Australia yang kedua, yang akan dihoskan oleh Australia,” katanya menerusi perkongsian di Facebooknya, malam tadi.

Advertisements

Untuk rekod, jumlah dagangan dua hala antara kedua-dua negara pada 2022 meningkat dengan ketara, sebanyak 55.4 peratus kepada RM88.65 bilion (US$20.05 bilion), menjadikan Australia sebagai rakan dagang ke-10 terbesar di peringkat global bagi Malaysia.

Terdahulu, Anwar turut mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol; Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau; Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida; Perdana Menteri Cook Islands Mark Brown dan Pengerusi Eksekutif Forum Ekonomi Dunia (WEF) Prof Klaus Schwab.

Dalam pertemuannya dengan Schwab, Anwar berkata mereka membincangkan usaha dalam memperkukuh kerjasama antara Malaysia dan WEF, serta persiapan untuk Mesyuarat Tahunan WEF yang dijadualkan dari 15 hingga 19 Jan 2024 di Davos-Klosters, Switzerland.

Anwar mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN dari 5 hingga 7 Sept dan ia merupakan sidang kemuncak pertamanya bersama tujuh Rakan Dialog ASEAN melibatkan Australia, China, Jepun, India, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Kanada. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan