25.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 27, 2023

Dua rentung, kereta bertembung lori kontena

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DUA mangsa rentung selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori kontena dalam kejadian kemalangan di Jalan Kuala Garing, Rawang, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 3.53 pagi.

“Sebuah jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dikerah ke lokasi kejadian.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia sedang menjalanlan kerja-kerja menyelamat mangsa dalam kejadian kemalangan di Jalan Kuala Garing, Rawang, awal pagi tadi.

“Setiba dilokasi, kebakaran membabitkan sebuah kereta jenis Honda City terbakar 70 peratus, manakala sebuah lori kontena juga terbakar sebanyak 50 peratus,”katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, mangsa terdiri daripada dua warga tempatan iaitu lelaki berusia 26 tahun dan wanita berusia 23 tahun.

Katanya, pemandu lori berkenaan sempat keluar dari kenderaan selepas kemalangan itu dan berjaya menyelamatkan diri.

Ujar beliau, punca kejadian masih dalam siasatan pihaknya. – Edisi 9

Terkini

Nafi sos cili peket dicaj, McDonald’s buat laporan polis

MCDONALD’S Malaysia membuat laporan polis berhubung dakwaan pekerjanya mengenakan caj sos cili peket kepada pelanggan sepertimana tular baru-baru ini. McDonald’s Malaysia berkata,...

Lagi Artikel Berkaitan