30.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Malaysia, Kanada setuju kukuh kerjasama dalam bidang baharu

Bidang baharu tersebut termasuk ekonomi hijau, sains dan teknologi serta kecerdasan buatan menerusi Strategi Indo-Pasific Kanada

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA dan Kanada bersetuju memperkukuh kerjasama dua hala antara kedua-dua negara dalam bidang baharu termasuk ekonomi hijau, sains dan teknologi serta kecerdasan buatan menerusi Strategi Indo-Pasific Kanada.

Perkara tersebut disepakati Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mengadakan pertemuan dua hala kali pertama dengan rakan sejawatannya, Justin Trudeau.

Dalam perkongsian di Facebook, Perdana Menteri berkata, persetujuan turut dicapai bagi mengukuhkan kerjasama dalam perdagangan dan pelaburan; pertahanan; pendidikan dan hubungan sesama insan.

“Ruang lingkup yang ada pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-43 dan sidang-sidang kemuncak berkaitan di Jakarta ini turut digunakan bagi mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatan saya, Justin Trudeau.

“Kesepatakatan turut dicapai dalam mempertingkat hubungan dan kerjasama dua hala di antara Malaysia dan Kanada ke tahap yang lebih tinggi,” katanya dalam hantaran tersebut.

Advertisements

Mengulas lanjut, Perdana Menteri memaklumkan, Perkongsian Strategik ASEAN-Kanada turut dilancarkan di mana mesyuarat telah menerima pakai kenyataan bersama pemimpin-pemimpin mengenai Perkongsian Strategik ASEAN-Kanada.

“Saya turut singgung tentang keperluan supaya kedua-dua pihak meneruskan rundingan membina ke arah memuktamadkan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Kanada yang dijadualkan pada tahun 2025.

“Bagi menangani kesan krisis makanan dan tenaga, saya telah mencadangkan agar kedua-dua ASEAN dan Kanada untuk meneruskan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan; teknologi digital serta menggalakkan pertukaran para pakar dalam bidang-bidang berkenaan,” katanya.

Anwar mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN dari 5 hingga 7 Sept dan ia merupakan sidang kemuncak pertama beliau bersama tujuh Rakan Dialog ASEAN iaitu Australia, China, Jepun, India, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Kanada. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kasino di Forest City: Chegu Bard ditahan reman dua hari

BADRUL Hisham Shaharin atau Chegu Bard direman susulan membuat hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan...

Lagi Artikel Berkaitan