27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 13, 2024

PM tekan keperluan bina kerjasama erat dalam bidang strategik

Mesti Baca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan keperluan untuk membina kerjasama yang erat dalam kebhinekaan bidang-bidang strategik yang terkait.

Berucap pada hari terakhir Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 di Jakarta, beliau menerusi hantaran di Facebook berkata, ini nescaya boleh mempromosi pertumbuhan mampan dan inklusif seperti keterjaminan makanan, pertanian pintar, pembaharuan tenaga, kitaran ekonomi, inovasi fintech, dan perbankan digital.

Sidang kemuncak yang diketuai oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo di Pusat Konvensyen Jakarta hari ini, dimulakan dengan penyertaan Anwar dalam Sidang Kemuncak ASEAN-India ke-20 yang dihadiri Perdana Menteri India Narendra Modi.

Beliau bersama rakan-rakan pemimpin lain yang senada menjulang kebersamaan memperkukuh Kerjasama Komprehensif Strategik ASEAN-India.

Anwar diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Amran Mohamed Zin.

Advertisements

Perdana Menteri juga akan mengambil bahagian secara aktif dalam tiga sidang kemuncak lain iaitu Sidang Kemuncak Asia Timur Ke-18, Sidang Kemuncak ASEAN-Australia Ketiga dan Sidang Kemuncak ASEAN-Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Ke-13.

Semasa mesyuarat ini, jadual Anwar termasuk tiga mesyuarat dua hala, di mana beliau akan terlibat dalam perbincangan dengan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres, Presiden Bangladesh Mohammed Shahabuddin, dan Perdana Menteri Timor Leste Kay Rala Xanana Gusmao.

Beliau kemudiannya akan menghadiri majlis penutup sidang kemuncak itu dan menyaksikan penyerahan rasmi jawatan Pengerusi ASEAN kepada Laos, sebelum pulang ke tanah air setelah berada di Jakarta sejak Selasa.

Sidang kemuncak ini adalah penyertaan pertama Anwar dengan tujuh rakan dialog iaitu Australia, China, Jepun, India, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Kanada. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Pelan Tindakan Industri Penjagaan dijangka siap Julai – KPWKM

PELAN Industri Penjagaan di Malaysia yang dirangka sebagai pemacu perubahan untuk merancakkan ekonomi melalui industri penjagaan dijangka siap Julai...

Lagi Artikel Berkaitan