28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Anwar tegas bersihkan negara daripada rasuah

Komitmen itu dibuat Perdana Menteri ketika menerima kunjungan delegasi Global Leadership Foundation

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membincangkan pelbagai perkara antaranya kepentingan untuk membersihkan negara daripada rasuah ketika mengadakan pertemuan dengan delegasi Global Leadership Foundation (GLF).

Anwar berkata, pertemuan itu diadakan ketika beliau menerima kunjungan hormat daripada delegasi GLF diketuai mantan Perdana Menteri New Zealand, Helen Clark, semalam.

Menurut beliau, perbincangan turut menyentuh peranan penting Malaysia sebagai anggota ASEAN dalam memacu pembangunan serantau serta mengemudi usaha kolektif pertubuhan itu dalam menangani situasi di Myanmar.

“Saya turut menegaskan komitmen negara dalam menyuarakan pendirian tegas negara berhubung isu-isu yang berkepentingan termasuk percaturan geopolitik kuasa-kuasa dunia dan usaha penyelesaian damai kepada konflik di Palestin,” katanya dalam Facebook hari ini.

Ujar Anwar, GLF yang berpengkalan di London merupakan sebuah pertubuhan tidak berasaskan keuntungan.

Menurutnya, GLF berperanan menyokong kepimpinan politik dan tadbir urus yang baik melalui perkongsian pengalaman bekas-bekas pemimpin dengan pemimpin negara masa kini.

-EDISI9

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan