32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Malaysia, Australia komited tingkat kerjasama pelbagai industri

Mesti Baca

MALAYSIA dan Australia hari ini komited untuk mempertingkat kerjasama komprehensif dalam pelbagai industri antaranya perdagangan, pelaburan, pendidikan, ekonomi digital dan keselamatan siber.

Perkara itu dimaklumkan dalam sidang media bersama antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya, Anthony Albanese di Melbourne, Australia.

Dalam pertemuan sempena lawatan rasmi Anwar ke negara itu, kedua-dua pihak juga sepakat untuk memperluas kerjasama sedia ada dalam hal berkaitan ekosistem vaksin serta peralihan tenaga bersih.

“Menopang cabaran mendatang, kami juga senada untuk menerokai perkongsian maklumat, pembangunan siber serta menuntut kebersamaan lebih padu dalam isu imigresen dan persempadanan,” kata Perdana Menteri menerusi Facebooknya.

Advertisements

Anwar juga dijangka menghadiri Mesyuarat Pemimpin Tahunan Malaysia-Australia dan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia.

Sebelum sidang media bersama, beliau dan delegasi Malaysia disambut Albanese dan Gabenor Victoria, Margaret Gardner AC sejurus tiba di halaman Government House Victoria diiringi lagu Negaraku, disusuli tembakan penghormatan sebelum pemeriksaan barisan kehormat.

“Usai majlis tersebut, saya dan Albanese mengadakan pertemuan empat mata sebelum mengadakan Mesyuarat Pemimpin Tahunan Malaysia-Australia.

“Moga hubungan dan kerjasama Malaysia-Australia terus saling menguntungkan dan ikatan persahabatan kedua-dua negara yang terjalin sejak sekian lama kekal utuh,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Raja Permaisuri santuni keluarga mangsa nahas helikopter

RAJA Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat melawat keluarga Pegawai Taktikal Udara Skuadron 503, Allahyarham Lefternan Komander Mohammad...

Lagi Artikel Berkaitan