26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

MRSM diminta hubungi, bantu pelajar ada masalah kewangan

Mesti Baca

SEMUA pengurusan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) diminta menghubungi sendiri setiap pelajar yang mendapat tawaran tetapi menolaknya kerana masalah kewangan.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini bagi memastikan para pelajar berkenaan tidak menolak tawaran ke MRSM hanya kerana tidak berkemampuan.

“Saya nak tekankan sekali lagi, harap jangan sesiapa yang tolak tawaran MRSM hanya kerana risau tak mampu bayar yuran atau menanggung pelbagai kos kelengkapan asrama dan MRSM.

“Sebagai langkah proaktif saya telahpun mengarahkan semua Pengetua dan pengurusan tertinggi setiap MRSM untuk mula menghubungi dan telefon setiap pelajar yang menerima tawaran dan membantu pelajar-pelajar dari keluarga yang susah, tidak berkemampuan,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Asyraf Wajdi mengulas aduan tentang seorang pelajar anak yatim yang mendapat tawaran ke MRSM Johor Bahru tetapi ibunya menolak tawaran tersebut kerana tidak mampu menyediakan pelbagai kos termasuk yuran, uniform dan peralatan asrama.

Advertisements

Berdasarkan aduan yang diterima menerusi media sosial itu, ibu berkenaan yang hanya bekerja sebagai pembantu kedai makan juga terpaksa menanggung seorang lagi anaknya yang berstatus orang kurang upaya (OKU).

Asyraf Wajdi berkata, pihak MARA melalui skim bantuan pendidikan MARA (BUDI) akan bantu pelajar-pelajar daripada keluarga yang susah.

Bantuan tersebut, jelas beliau, termasuklah menampung pembayaran yuran persekolahan, pakaian sekolah, barangan keperluan harian, peralatan pembelajaran, tambang perjalanan cuti semesta, pakaian sukan, dan barangan keperluan peribadi untuk tinggal di asrama.

Malah, katanya, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga turut akan membantu pelajar-pelajar yang susah dan tidak berkemampuan.

“Yang penting jangan jadikan kemiskinan sebabai halanhan untuk menuntut ilmu kerana MARA sedia membantu,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan