27.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Tujuh negara setuju bekerjasama bidang pendidikan tinggi

Mesti Baca

SEKURANG-KURANGNYA tujuh negara telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Malaysia dalam mengantarabangsakan pendidikan tinggi di negara ini, kata menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Menurut beliau, antara negara tersebut ialah Turkiye, Iraq, Libya, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Kosovo dan Sri Lanka.

Beliau berkata, ia hasil pertemuannya dengan para pemimpin negara terbabit ketika menghadiri Forum Diplomasi Antalya (FDA) 2024 di Turkiye, baru-baru ini.

Zambry berkata, persetujuan dicapai dengan semua negara terbabit bagi melebarkan program pengantarabangsaan pendidikan tinggi negara dari segi pertukaran pelajar, pensyarah, penyelidikan dan juga bidang-bidang tumpuan yang boleh dipelopori bersama.

“Negara seperti Iraq dan Libya juga sedia untuk menawarkan biasiswa lebih besar untuk pelajar-pelajar mereka datang ke Malaysia.

“Ketika di Istanbul, saya menyaksikan majlis tandatangan dan pertukaran persefahaman (MoU) di antara Universiti Utara Malaysia dengan lima buah universiti di Turkiye iaitu Karabuk University, Ankara Yıldırım Beyazıt University, Dicle University, Gebze Technical University dan Mardin Artuklu University.

Pertemuan dua hala antara Zambry Abdul Kadir dan lapan pemimpin dari pelbagai negara.

“Usahasama ini sangat baik terutamanya dalam kita membina rangkaian pendidikan dengan institusi antarabangsa dan pada masa sama proses perkongsian dan pemindahan ilmu serta kemahiran dapat berlangsung melalui pelbagai medium,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Mengenai ADF 2024 yang dihadiri beliau bagi mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Zambry berkata, lebih 4,000 delegasi dari 100 buah negara menghadiri forum tersebut.

Katanya, Malaysia diberi penghormatan untuk menjadi panelis bagi sesi yang bertajuk Building Asia – Pacific Regional Architectures: The Challenge of Unmatching Interest.

“Dalam sesi ini, saya telah menyampaikan pandangan Malaysia dan Perdana Menteri berkenaan isu Asia Pasifik yang semakin menjadi perhatian kuasa-kuasa besar dunia.

“Saya menegaskan bahawa Malaysia mahukan sebuah rantau yang bebas daripada sebarang kongkongan mana-mana pihak serta mengambil pendirian untuk bekerjasama dengan semua pihak demi tujuan menjaga kestabilan rantau,” katanya yang juga bekas Menteri Luar.

Kata beliau, sepanjang ADF berlangsung beliau berkesempatan mengadakan lapan mesyuarat dua hala dengan rakan-rakan lama Menteri Luar.

Antaranya ialah Timbalan Perdana Menteri II Kosovo merangkap Menteri Luar; Menteri Luar Uzbekistan; Timbalan Perdana Menteri Iraq merangkap Menteri Luar; Menteri Luar Kyrgyzstan; Menteri Luar Sri Lanka; Presiden Majlis Tertinggi Negara Libya; Presiden Turkish Maarif Foundation dan Menteri Luar Turkiye. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan