30.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 8, 2021

68.0% populasi dewasa telah lengkap vaksinasi setakat semalam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sebanyak 68.0 peratus populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi mereka dibawah Program Imunisasi COVID -19 Kebangsaan (PICK), membabitkan sejumlah 15,926,601 individu, setakat semalam. 

Berdasarkan data yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), memaklumkan, manakala, 87.8 peratus populasi dewasa telah menerima suntikan dos pertama yang membabitkan sejumlah 20,543,016 individu.

Peratusan Vaksinasi Populasi Dewasa Malaysia

Sementara itu, semalam sahaja jumlah pemberian harian dos vaksin negara adalah sebanyak 289,958 dos. 

Daripada jumlah itu, sebanyak 136,177 bagi dos pertama manakala sebanyak 153,841 dos kedua vaksin COVID-19. 

Laporan Harian Pemberian Dos Vaksin

Johor terus merekodkan jumlah pemberian harian vaksin tertinggi dengan sebanyak 32,560 dos pertama dan sebanyak 24,524 dos kedua.

Sementara, Putrajaya merekodkan sifar bagi pemberian harian vaksin dos kedua, sementara dos pertama terendah iaitu satu dos.

Begitu juga dengan Labuan merekodkan pemberian harian vaksin adalah sebanyak satu bagi dos pertama manakala lapan bagi dos kedua, disebabkan telahpun mencatatkan peratusan populasi dewasa melebihi 100 peratus bagi dos pertama  – Edisi 9 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

AARDO: Malaysia pandang serius capaian internet luar bandar

MALAYSIA mengambil serius terhadap kepentingan pembangunan infrastruktur termasuk capaian internet kepada masyarakat luar bandar dalam fasa pemulihan pandemik COVID-19. Menurut...

Lagi Artikel Berkaitan