25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Ceroboh perairan: 45 nelayan Vietnam didenda RM3.92 juta

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 45 nelayan Vietnam dijatuhi hukuman denda keseluruhan RM3.92 juta oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini kerana menceroboh perairan negara pada tahun lalu.

Hakim Noriah Osman memerintahkan demikian selepas lima tekong dan 40 awak-awak berkenaan membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan.

Jika gagal bayar denda setiap tertuduh boleh dipenjara selama empat bulan.

mahkamah turut mengarahkan empat daripada lima bot nelayan Vietnam berkenaan bersama bekalan dieselnya dilucut hak kepada kerajaan.

Berdasarkan pertuduhan, kesemua 45 tertuduh itu didakwa mencerobohi perairan negara pada tahun lalu.

Advertisements

Perbuatan dilakukan mereka bagi menangkap ikan secara haram tersebut didakwa dilakukan pada kedudukan kira-kira antara 59 dan 135 batu nautika tenggara Kuala Terengganu.

Lima bot dinaiki nelayan-nelayan Vietnam berkenaan berjaya ditahan Kapal Maritim (KM) Gemia dan KM Pekan.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Perikanan 1985 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM6 juta membabitkan tekong dan RM600,000 bagi awak-awak jika sabit kesalahan. 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan