27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

PH-BN gagal rampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu

Mesti Baca

GABUNGAN PH-BN gagal merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu apabila calon PAS, Datuk Ahmad Amzad Hashim mendahului pencabarnya, Azan Ismail daripada PH pada PRK, hari ini.

Sehingga jam 9 malam, Ahmad Amzad memperoleh undi sebanyak 26,791 undi, manakala Azan hanya 8,115 undi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November lalu, Ahmad Amzad memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti sebanyak 40,907 undi.

Advertisements

PRK Kuala Terengganu terpaksa diadakan serentak dengan Pilihan Raya negeri (PRN) selepas mahkamah pilihan raya membatalkan kemenangan Ahmad Amzad atas dakwaan sogokan.

Ahmad Amzad yang juga bekas Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi memperoleh sebanyak 63,016 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Mohd Zubir (22,109 undi), calon Pejuang, Mohamad Abu Bakar Muda (481 undi) dan calon PH, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah (10,946 undi). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan