27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Baddrol, Radhi menang dalam cubaan sulung

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

DUA bekas bintang bola sepak Kedah yang mewakili Perikatan Nasional (PN), Baddrol Bakhtiar dan Radhi Mat Din menang dalam cubaan sulung bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Radhi yang berdepan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar menang dengan majoriti besar 10,104 selepas menerima 18,936 undi berbanding Mahfuz (8,832) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu.

Sementara itu, keputusan Baddrol yang membuat keputusan mengejut meninggalkan Sabah FC untuk menyertai politik berhasil selepas berjaya menang di kerusi DUN Gurun.

Advertisements

Baddrol menang di DUN Gurun selepas menewaskan pencabarnya yang merupakan calon PH, Mohammed Firdaus Johari.

Setakat ini, calon PN itu mendahului dengan 16,786 undi berbanding lawannya daripada PH itu yang mendapat 11,004 undi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan