26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

IKRAM mohon maaf berhubung video ‘Mak, Dah Siap!’

Mesti Baca

CYBERJAYA – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memohon maaf berhubung penerbitan sebuah video pendek Mak, Dah Siap! yang mencetuskan kemarahan banyak pihak berikutan didakwa berunsur rasis.

Menurut IKRAM, pihaknya telah menarik balik video tersebut meskipun tujuan asal adalah untuk mendidik semangat kebangsaan dalam kalangan masyarakat sejak dari kecil

Berikut kenyataan penuh IKRAM:

IKRAM mengambil maklum berkenaan komen-komen positif dan negatif daripada netizen dan pihak tertentu berkenaan video bertajuk Mak, Dah Siap! yang dimuat naik pada 22 Ogos yang lalu.

IKRAM ingin mengambil kesempatan memohon maaf kerana video tersebut telah menimbulkan sensitiviti perkauman meskipun tujuan asal video itu adalah untuk mendidik semangat kebangsaan sejak dari kecil.

Video Mak, Dah Siap! adalah sebahagian daripada produk penerbitan sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2021 yang dianjurkan dengan tema #MerdekaBersama.

Mesej utama yang ingin disampaikan dalam video ini adalah untuk menunjukkan realiti semasa sebahagian anggota masyarakat di Malaysia yang cenderung memberikan gelaran kepada bangsa lain dengan melabelkan bangsa tersebut dengan sesuatu perbuatan atau tindak-tanduk negatif.

IKRAM merasakan stereotaip ini perlu dihentikan, apatah lagi jika ia mula dipelajari oleh anak-anak dari awal usia.

Sebagai anggota masyarakat, ibu bapa khususnya, kita hendaklah sentiasa menunjukkan contoh teladan yang baik dan mendidik anak-anak dengan nilai-nilai murni perpaduan dalam masyarakat majmuk di negara ini.

Atas rasa tanggungjawab menjaga sensitiviti dan memelihara keharmonian antara kaum, IKRAM menarik balik penerbitan video tersebut di semua media sosial yang dikendalikan oleh IKRAM.

Sebagai sebuah pertubuhan dakwah dan kebajikan, IKRAM sentiasa berusaha untuk menyampaikan mesej dan nasihat yang baik kepada rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan