28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

FDAM bantah iklan rasis, desak KKMM, FINAS ambil tindakan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) membantah penerbitan sebuah video iklan sempena Hari Kebangsaan yang dihasilkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana didakwa mempunyai unsur rasis.

Presiden FDAM Dr Ahmad Ibrahim, iklan bersifar pesanan khidmat masyarakat itu tidak sesuai untuk siaran menerusi media sosial, malah boleh menjejaskan perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum seperti Malaysia.

Sehubungan itu, beliau berharap agar Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) memantau penerbitan video seperti itu dan mengambil tindakan sewajarnya.

AHMAD IBRAHIM

“Mesej dalam video ini sangat tersirat tetapi harus diingat bahawa niat tidak menghalalkan cara. Justeru, jangan memangsakan kaum lain demi perpaduan.

“Kita harap nilai perpaduan khususnya maksud Keluarga Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dapat dihayati sebaik mungkin setiap anggota masyarakat di negara ini agar setiap rakyat Malaysia tidak sambil lewa cuba memainkan sentimen perkauman,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, satu video pendek bertajuk Mak Dah Siap yang telah disiarkan menerusi YouTube sejak Ahad 22 Ogos lalu didapati menyentuh sensitiviti kaum.

Video berdurasi seminit terbitan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) itu mengandungi babak seorang bapa yang melontarkan kata-kata berunsur rasis di hadapan anak, yang kemudian ditegur isterinya.

Advertisements

Semakan Edisi 9 menerusi YouTube mendapati video tersebut sudahpun ditarik balik.

Ahmad berkata, meskipun dalam video tersebut tertulis penafian tetapi FDAM berpandangan ia tetap menyinggung perasaan sesetengah kaum di negara ini.

Selain itu, beliau menegaskan FDAM ialah satu-satunya persatuan industri kreatif yang mengamal dan mendorong perpaduan memandangkan ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum.

Sementara itu, Sinar Harian dalam kenyataannya hari ini menegaskan pihaknya tidak terlibat dalam penghasilan dan penerbitan video kontroversi tersebut.

Katanya, IKRAM antara NGO yang mendapat persetujuan kerjasama Sinar Harian dalam mempromosi Kempen Bulan Kebangsaan 2021.

Logo Sinar Harian telah disertakan pada akhir video tersebut dan Sinar Harian memohon maaf di atas sebarang kesulitan serta salah faham mengenai video yang diterbitkan oleh pihak ketiga. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan