26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Kitakerja.my platform padanan pekerja, majikan bagi bantu B40

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PETALING JAYA  – Kitakerja.my, inisiatif sosial yang memfokuskan kepada padanan pencari kerja bagi kelompok pendapatan bawah-40 (B40) dengan majikan domestik, meminta kerjasama dari semua pihak dalam usaha membina ekosistem pencari kerja dan majikan, seterusnya mengurangkan kadar pengangguran negara ketika ini. 

Pengasas bersama Kitakerja.my, Choong En Han berkata, selama 18 bulan terakhir, tanpa disedari kadar pengangguran semakin meningkat sejak pandemik COVID -19 melanda negara dan dunia. 

“Menurut laporan Jabatan Perangkaan, setakat Jun lalu, terdapat lebih daripada 770,000 rakyat Malaysia yang menganggur sekarang ini. 

“Juga dilaporkan bahawa kira-kira 100,000 rakyat kehilangan pekerjaan pada tahun 2020 kerana wabak itu, menurut mantan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan dalam laporan bertarikh 9 Disember 2020.

“Sehubungan dengan itu, kami memulakan kitakerja.my sebagai suatu platform yang dapat membantu B40 yang menganggur dalam mencari pekerjaan menerusi padanan  pekerjaan yang ditawarkan oleh majikan,”katanya menerusi kenyataan media di sini.

Kitakerja.my adalah cetusan idea dua anak muda dalam mengumpulkan sumber untuk membantu B40 yang kehilangan pekerjaan.

Beliau berkata, mencari pekerjaan yang sesuai dilihat semakin sukar sejak Mac tahun lalu.

“Oleh demikian, majikan dan pencari kerja perlu saling membantu sekaligus dengan kerjasama itu akan dapat memulihkan ekonomi negara dan terus maju. 

“Malahan, inisiatif kami ini dalam turut serta dalam membantu rakyat yang untuk membina kembali kehidupan mereka, terutama mereka yang berada dalam kelompok B40 memenuhi keperluan terdesak kini. 

“Kita perlu bertindak sekarang dan menjadi sebahagian daripada penyelesaian dan jadilah gerakan untuk Malaysia yang lebih baik, jika tidak, tahap pendapatan isi rumah akan terus merosot,”katanya.

Sementara itu, rakan pengasas bersama, Mohd Nizam Abdul Rahim, berkata, dalam usaha mengembangkan inisiatif ini dan dapat mencapai kepada golongan sasaran, pihaknya amat memerlukan bantuan sesama rakyat yang berkemahiran untuk membantu kami membina serta mempromosikan inisiatif ini. 

“Oleh demikian, kami mengundang pakar, pelatih yang berpengetahuan umum dalam bidang teknologi atau berkaitan untuk menjadi sebahagian daripada gerakan ini.

“Sekiranya anda mempunyai kemahiran dan idea untuk menjadikan kitakerja.my sebagai platform yang lebih baik untuk membantu mereka yang memerlukan, bolehlah menghubungi kami,”katanya.

Beliau berkata, ramai yang menderita tanpa suara, tetapi seharusnya tidak seperti ini.

“Rakyat seharusnya bersatu kali ini dengan tujuan untuk membina semula negara lebih-lebih lagi bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-64 negara. 

“Semoga majikan yang membuka peluang pekerjaan dapat membantu sesama rakyat yang memerlukan pekerjaan. 

“Dengan pencari kerja dipekerjakan, kesan ekonomi akan dapat dibaik pulih  dan akhirnya semua orang boleh keluar dari kekusutan yang dialami, ”kata Nizam.

Kitakerja.my adalah inisiatif pembangunan negara dan sosial oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia.

Kitakerja.my akan menjadi syarikat sosial setelah semua infrastruktur siap dibina. – Edisi 9 

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan