26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, November 11, 2024

Filem pendek Elrah Exclusive ‘Mak’ kisah El Azman

Mesti Baca

MERAIKAN ulangtahun ke-10 penubuhannya, jenama pakaian Elrah Exclusive tampil menghasilkan filem pendek berjudul Mak.

Filem yang dibarisi oleh duta-duta Elrah seperti Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahmad, Amir Ahnaf, MK K-Clique, Meerqeen dan Fadhli Masoot serta penampilan istimewa Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan itu mengisahkan cerita sebenar El Azman sendiri.

Naratif filem yang  sangat menyentuh hati ini berkisahkan perjalanan seorang remaja bernama Hilmi, yang mendambakan belaian dan kasih sayang ibunya.

Filem “Mak” menjalinkan kisah kerinduan seorang anak dan harapan ibu yang tidak berbelah bahagi.

Melalui penceritaan yang menyentuh hati ini, El Azman mengharapkan penonton dapat merasai kerumitan emosi dalam ikatan kekeluargaan dan kuasa kasih sayang seorang ibu yang kekal abadi.

“Filem ini adalah kisah tentang diri saya, siapa kita dahulu tidak semestinya menentukan kita hadapan.

“Mesej yang hendak disampaikan dalam filem ini ialah siapakah diri kita hari ini bukanlah kerana diri kita sahaja, tetapi doa dari orang lain terutamanya mak ayah.

“Hargailah peluang itu selagi kita masih ada mak ayah dan sayangilah mereka,” katanya.

Filem pendek ini akan mula ditayangkan pada 27 Mac di saluran YouTube dan semua platform sosial media.

Advertisements

Sementara itu, Elrah Exclusive adalah salah satu jenama yang terkenal dalam fesyen baju melayu lelaki.

Ia sering mempersembahkan koleksi Baju Melayu dan Kurta yang tersendiri, melambangkan gaya dan keunggulan untuk si pemakai.

Ditubuhkan pada tahun 2014 di Bangi Sentral, Elrah Exclusive telah meluaskan jenamanya di seluruh Malaysia, dan kini melebarkan sayapnya ke pasaran Asia Tenggara.

Ia juga telah menjadikan jenama ini sebagai “Top Brand In Asia”.

Setiap koleksi yang direka dengan teliti mencerminkan revolusi industri fesyen terkini, terutamanya dalam Baju Melayu.

Barisan produk Elrah Exclusive memenuhi keperluan lelaki dengan mempromosikan ciri ketahanan dan penggunaan kain tekstil yang menjamin keselesaan kepada si pemakai.

Direka bentuk untuk memudahkan pemakaiannya, produk Elrah Exclusive melangkaui halangan usia, menggabungkan keanggunan abadi dan gaya kontemporari.

Beroperasi sebagai sebuah syarikat milikan tunggal, komitmen El Azman berpunca daripada aspirasinya untuk memupuk komuniti yang berfesyen, dimana individu menunjukkan keyakinan dalam menggayakan produk Elrah Exclusive. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Era baharu ‘gelombang merah’ di bawah Donald Trump

Oleh COLLINS CHONG YEW KEAT DONALD J. Trump memenangi Pilihan Raya Presiden dengan kemenangan suara rakyat Amerika dalam mesej jelas...

Lagi Artikel Berkaitan