Monday, July 20, 2026

Gudang milik Elrah Exclusive di Kepong terbakar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBUAH gudang milik pengeluar pakaian, Elrah Exclusive yang terletak di Jalan Kepong, Batu 6 1/2 Kuala Lumpur dilaporkan terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.

Komander operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohd Nuzi Mohamed berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur telah menerima panggilan kecemasan pada jam 4.41 pagi.

“Seramai sembilan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang bergegas ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Nuzi berkata, pihaknya mendapati kebakaran melibatkan kotak yang berada di dalam gudang berkenaan, berkeluasan 4.8 x 4.8 meter persegi.

“Kemusnahan kebakaran dianggarkan 30 peratus manakala seorang lelaki berusia 30-an dilaporkan mengalami sesak nafas.

“Mangsa diberikan rawatan oleh pasukan perubatan daripada Hospital Selayang dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya. – Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan