29.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 13, 2025

Bung Moktar digugurkan daripada Kabinet Sabah

Jawatan Timbalan Ketua Menteri I kini disandang oleh Presiden SDatuk Seri Jeffrey Kitingan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin sah digugurkan daripada jawatan Timbalan Ketua Menteri I dan Menteri Kerja Raya.

Jawatan Timbalan Ketua Menteri I kini disandang oleh Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Jeffrey Kitingan dengan mengekalkan jawatan Menteri Pertanian dan Perikanan yang dipegang beliau sebelum ini.

Menggantikan Bung sebagai Menteri Kerja Raya ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat Datuk Shahelmey Yahya yang turut menyandang jawatan Timbalan Ketua Menteri III Sabah mewakili kuota UMNO/Barisan Nasional (BN).

Turut digugurkan daripada kabinet, Datuk Yakub Khan yang sebelum ini memegang jawatan Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi, digantikan dengan Datuk Mohd Ariffin Arif.

Advertisements

Sementara itu, portfolio Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar yang disandang oleh Datuk Jafry Ariffin sebelum ini kini digantikan oleh Datuk Christina Liew.

Sebentar tadi, majlis angkat sumpah jawatan ahli-ahli jemaah menteri Sabah diadakan di Istana Seri Kinabalu.

Antara nama lain yang terlibat ialah Datuk Seri Joachim Gunsalam (Timbalan Ketua Menteri ll merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan ), Datuk Seri Masidi Manjun (Menteri Kewangan), dan Datuk Jahid Jahim (Menteri Pembangunan Luar Bandar).

Lain-lain, Datuk Ellron Angin (Menteri Belia dan Sukan), Datuk James Ratib (Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat) dan Phoong Jin Zhe (Menteri Pembangunan Perindustrian). – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Pelbagai usaha tingkatkan pendapatan Orang Asli – Zahid

KERAJAAN menerusi Jabatan Kemajuan Orang Aslia (JAKOA) melaksanakan pelbagai usaha bagi meningkatkan pendapatan isi rumah Orang Asli dengan sasaran...

Lagi Artikel Berkaitan