30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Tiga sungai di Hulu Selangor ‘hotspot’ lemas, kepala air

Kawasan itu adalah Sungai Batang Kali, Sungai Chiling dan Sungai Pertak.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TIGA lokasi perkelahan di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor dikenal pasti sebagai kawasan yang kerap melaporkan kejadian kes mati lemas dan terperangkap dalam kepala air sepanjang 2020 hingga 2022.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata kawasan itu adalah Sungai Batang Kali, Sungai Chiling dan Sungai Pertak.

“Secara umumnya, kesemua sungai atau jeram berisiko untuk berlaku kepala air atau berlaku insiden lemas namun begitu jika dikategorikan sebagai lokasi hotspot (titik panas), ia adalah (lokasi di mana) kejadian yang berlaku lebih dari sekali,” katanya seperti dilapor Bernama.

Beliau berkata, berdasarkan statistik, sepanjang tempoh itu sebanyak 15 kes mati lemas dan enam kes terperangkap dalam kepala air dilaporkan di Selangor membabitkan 10 kawasan rekreasi di sungai, air terjun, hutan lipur dan lata.

Advertisements

Daripada jumlah itu, katanya, Sungai Batang Kali mempunyai rekod kes lemas paling tinggi iaitu lima kes dan empat kes membabitkan mangsa yang terperangkap dalam kepala air.

Justeru, Norazam menasihatkan orang awam agar berhati-hati dan berwaspada terhadap tanda-tanda kepala air sebelum memulakan aktiviti perkelahan atau sebarang aktiviti rekreasi berdekatan sungai.

“Sekiranya terperangkap di kepala air, hubungi pasukan penyelamat atau tunggu sehingga kepala air reda dan jangan sekali-kali menyeberangi sungai pada waktu itu,” katanya.

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan