32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

KKDW peruntuk RM3.64 juta untuk pembangunan di Labuan

Mesti Baca

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM3.64 juta untuk pelbagai projek pembangunan infrastruktur, kemudahan awam dan perumahan khusus kepada rakyat di Labuan tahun ini.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, antara projek yang dilaksanakan oleh Pejabat KKDW Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan ini termasuk 20 projek Jalan Perhubungan Desa (JPD) bernilai RM1 juta dan Program Ameniti Sosial (PAMS) bernilai RM500,000 untuk 10 projek.

“20 projek lagi untuk bina baharu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dengan peruntukan RM1.54 juta bagi setiap sebuah rumah berkeluasan 660 persegi yang mempunyai tiga bilik, satu tandas dan satu bilik air bernilai RM77,000.

Manakala RM600,000 disediakan untuk baik pulih PPRT yang merangkumi 30 projek,”katanya.

Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah mengumumkan perkara itu ketika program Santunan Kasih Ramadan KKDW di Masjid Al-Sultan Abdullah Kampung Sungai Dedaun, Labuan hari ini.

Beliau berkata, melalui KEMAS memperuntukkan RM116,900 untuk pembangunan komuniti meliputi program Hari Kebesaran Islam, Kampung Mandiri, Jom Masuk Kampung, Kem Eksplorasi Belia, Kembara Merdeka, Sahabat Komuniti Desa, Sukarelawan Prihatin, Projek Rakan Kebun, Pakej Latihan Keusahawanan, serta Promosi dan Pemasaran.

Ahmad Zahid Hamidi berucap pada majlis Santunan Kasih Ramadan di Labuan.

Katanya, sebanyak RM123,500 lagi diperuntukkan untuk pendidikan kemahiran meliputi program Sijil Kemahiran Malaysia-Penilaian Pencapaian Terdahulu (SKM-PPT), Quick Win, Program Promosi Kemahiran, Kursus Kemahiran Jangka Pendek dan Perolehan Peralatan.

Advertisements

Majlis Amanah Rakyat (MARA) pula, tambah beliau memperuntukkan RM1.37 juta untuk pembiayaan perniagaan dan RM65,000 lagi bagi pembangunan usahawan di Labuan.

Pada majlis sama, Zahid menyerahkan sumbangan dari Yayasan Pelajaran Mara untuk program Kembali ke Sekolah kepada 70 pelajar sekolah rendah dan menengah sebanyak RM100 seorang dan untuk Pendidikan Tertiari bagi Program Matrikulasi berjumlah RM12,000.

Turut disampaikan bantuan peralatan program Quick Win Seni Tangan KEMAS berjumlah RM30,000 kepada 10 penerima.

Manakala RM300,000 pula kepada 37 penerima Program Peningkatan Pendapatan yang merangkumi bidang perikanan, penyediaan makanan dan perkhidmatan jahitan pakaian oleh GIATMARA Labuan.

Zahid turut menyumbang wang tunai sebanyak RM200 kepada 400 pelajar tahfiz dan Asnaf dengan jumlah RM80,000.

Dalam pada itu, lebih 2,000 komuniti setempat diraikan di Majlis Santunan Kasih Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Program iftar yang memasuki tahun kedua penganjuran selepas ini akan ke Pendang, Kedah; Kuala Langat, Selangor dan berakhir di Bagan Datuk, Perak.

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertembungan empat penjuru

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Khairul Azhari Saut...

Lagi Artikel Berkaitan