27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Pengawal keselamatan jumpa RM500,000 rupanya warga Nepal

Mesti Baca

PENGAWAL keselamatan sebuah pusat beli-belah di Damansara, Petaling Jaya yang menemukan sebuah beg berisi wang tunai RM500,000 dan kemudian menyerahkannya kepada pihak berkuasa rupanya seorang warga Nepal.

Ekoran kejujuran dan integriti tinggi yang ditunjukkan, majikannya, A5 Security Service telah memberikan penghargaan kepada pengawal keselamatan tersebut iaitu Sherpa Dawa, 39.

Menurut syarikat tersebut, komitmen yang tidak berbelah bahagi ditonjolkan Dawa iaitu seorang warga Nepal terhadap tugas tidak akan dipandang remeh.

“Baru-baru ini, Dawa telah menemui sebuah beg berisi wang yang ditinggalkan tanpa pengawasan dan segera melaporkannya, menunjukkan rasa tanggungjawab serta integriti sebenar.

“Tindakan beliau menunjukkan nilai yang kami pegang dan piawaian tinggi yang kami usaha untuk kekalkan di syarikat ini,” katanya dalam hantaran tersebut.

Mengulas lanjut, A5 Security Service berkata, tindakan Dawa itu menjadi contoh terbaik kepada semua pihak supaya berpegang kepada kepentingan integriti dan melakukan perkara yang betul walaupun dalam situasi mencabar.

Advertisements

Syarikat tersebut turut mengucapkan terima kasih kepada Dawa atas dedikasi dan kejujurannya.

Kelmarin, seorang pengawal keselamatan sebuah pusat beli-belah di Damansara tidak menyangka bagasi yang ditemui di tempat meletak kenderaan di premis berkenaan berisi wang tunai melebihi RM500,000.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan penemuan sebuah bagasi berwarna merah jambu dan putih bersaiz sederhana kira-kira pukul 8 pagi, Rabu lalu.

Hasil pengiraan mendapati begi itu berisi wang kertas RM50 dan RM100 dengan jumlah keseluruhan melebihi RM500,000.

Laporan awal diterima pihak polis menyatakan pengawal keselamatan tersebut seorang warga tempatan berusia 30-an.

Sehingga kini belum ada mana-mana pihak yang menuntut wang tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Politeknik Sultan Idris Shah pertahan gelaran FIRA Malaysia

POLITEKNIK Sultan Idris Shah (PSIS), Selangor berjaya mempertahankan kejuaraan keseluruhan Piala Federation of International Robot Soccer Association (FIRA) Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan