29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Pengawal keselamatan songsang dicekup cuba liwat pelajar lelaki

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG pengawal keselamatan bernafsu songsang dicekup selepas dipercayai mencabul dan cuba meliwat seorang pelajar lelaki yang menyertai program qiamullail di surau sebuah sekolah agama di Tanah Merah, Kelantan, semalam.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 12.15 tengah malam itu, mangsa yang berusia 12 tahun sedang tidur bersama rakan-rakannya yang menyertai program tersebut di surau berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Wan Zulfikri Wan Othman, siasatan awal mendapati, suspek yang dikenali sebagai Rashid telah datang ke surau tersebut sebelum bertindak mencabul mangsa.

“Suspek juga dipercayai cuba meliwat mangsa yang ketika itu memakai seluar namun, remaja tersebut sempat menepis perbuatan itu.

“Mangsa telah memaklumkan kepada bapanya yang datang menjemput remaja itu di sekolah berkenaan kira-kira pukul 10.15 pagi semalam bahawa telah dicabul oleh pengawal keselamatan bernama Rashid sebelum mereka terus membuat laporan polis.

“Siasatan awal mendapati, suspek berusia 38 tahun dan merupakan pengawal keselamatan sementara di sekolah agama itu,” katanya hari ini.

Ujar Wan Zulfikri lagi, mangsa telah dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk pemeriksaan lanjut.

“Suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Tanah Merah pagi ini untuk perintah reman.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan