33.8 C
Kuala Lumpur
Friday, July 1, 2022

Kenyataan Kit Siang gugat ketenteraman awam disiasat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS membuka kertas siasatan berhubung ciapan Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang yang didakwa mengandungi kenyataan boleh menggugat ketenteraman awam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan dalam kenyataan berkata imej tangkap layar ciapan tersebut tular di aplikasi WhatsApp sejak semalam.

Menurutnya, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), JSJ Bukit Aman di bawah Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan serta menjadi pengguna media sosial bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit untuk menyebarkan sebarang maklumat boleh mendatangkan kegentaran awam serta menggugat keharmonian negara,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Baca juga:   GRS akan berusaha penuhi aku janji - Muhyiddin

Untuk rekod, Kit Siang dipercayai mengeluarkan kenyataan Will The Houses Of The Prime Minister and Ministers of Malaysia Be Set On Fire by Angry Protestors As Happened in Sri Lanka Last Week (Adakah Rumah Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Malaysia Dibakar oleh Penunjuk Perasaan Seperti Berlaku di Sri Lanka, Minggu Lepas).

Terdahulu, ciapan tersebut mendapat pelbagai kecaman terutamanya dari pemimpin parti politik lain.

Baca juga:   Dahulukan kebajikan, beri jaminan kelangsungan hidup rakyat - Najib

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam hantaran di Facebooknya Khamis lalu berharap agar pihak polis dapat menangkap Kit Siang yang telah melakukan provokasi.

“Sekiranya dah bersara, buatlah cara bersara.
Kenapa masih terus menipu dan menghasut Rakyat lagi?

“Dah 60 tahun menghasut, masih tak puas? Soal Najib.

-EDISI9

Terkini

Rakyat pulang ke tanah air tidak perlu isi pas pengembara

RAKYAT Malaysia yang pulang ke negara ini tidak lagi perlu mengisi dan melengkapkan ciri-ciri Pas Pengembara dalam aplikasi MySejahtera...

Lagi Artikel Berkaitan