34.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 1, 2023

Pengawal keselamatan ditemui mati rakan setugas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG pengawal keselamatan ditemui mati oleh rakan setugasnya di dalam pondok pengawal di sebuah sekolah menengah di Bachok, semalam.

Mangsa, Wan Mohd. Khairul Azahar Che Zulkifli, 40, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan lengkap berpakaian dipercayai akibat jantung bengkak di dalam pondok itu kira-kira 7.30 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Zohan Seman berkata, siasatan mendapati mangsa disedari meninggal dunia selepas dikejutkan oleh rakannya setengah jam sebelum tamat waktu bertugas.

Menurutnya, mangsa sebelum ini pernah menerima rawatan kerana menghidap darah tinggi buah pinggang dan kencing manis.

“Siasatan mendapati, lelaki itu merupakan bekas tentera laut dan mempunyai seorang anak berusia 16 tahun mula bertugas bersama rakannya kira-kira pukul 8 malam kelmarin hingga 8 pagi semalam.

“Mangsa dipercayai mengadu penat dan hendak tidur. Selepas empat jam tidur, rakannya menyedari mangsa bangun untuk ke tandas,” katanya dalam kenyataan hari ini memetik laporan Kosmo!

Mohamad Zohan memberitahu, mangsa kemudiannya menyambung semula tidur sebelum ditemui tidak sedarkan diri oleh rakan setugasnya kira-kira pukul 7.30 pagi.

Katanya, pengawal keselamatan itu disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan yang tiba di lokasi kejadian kira-kira sejam kemudian.

“Siasatan mendapati, mangsa pernah menerima rawatan berkala di Klinik Kesihatan Pasir Puteh dan pernah menghidap angin ahmar pertengahan tahun lalu.

“Tiada sebarang tanda atau kesan yang boleh dikaitkan unsur jenayah dengan kematian mangsa di lokasi kejadian. Pemeriksaan di dalam beg mangsa turut menemui pelbagai jenis ubat dari klinik kesihatan,”katanya.

Menurut Mohamad Zohan, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu dan hasil bedah siasat mendapati kematiannya berpunca daripada jantung bengkak dan saluran darah tersumbat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,”ujar beliau

Terkini

SPRM tiada kuasa tentukan kelayakan calon pilihan raya

SPRM tiada kuasa untuk menentukan sama ada seseorang yang terpalit isu rasuah layak bertanding atau tidak dalam pilihan raya. Ketua Pesuruhjaya...

Lagi Artikel Berkaitan