36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

‘Jaga’ tular pukul orang awam mengaku berhalusinasi

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JAGA atau pengawal keselamatan yang tular mengamuk dan mencederakan orang awam di Lobi Utropolis Market Place, Hicom Glenmarie Shah Alam, semalam, mengaku sedang berhalusinasi ketika kejadian.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, mngsa merupakan seorang pelajar Tingkatan 5 Windsor International Academy Bukit Jalil yang merupakan warganegara Filipina di pasaraya berkenaan.

Menurutnya, suspek mempunyai dua rekod dadah mengaku memukul mangsa kerana berhalusinasi pada masa kejadian.

“Mangsa dipukul ketika sedang menyiapkan litar permainan kereta kebal di taman berkenaan bersama beberapa individu yang lain. Mangsa mengalami kecederaan di kepala akibat dipukul oleh suspek dengan menggunakan alat pemampat simen.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dibawa ke Hospital Sunway Medical Centre bagi mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ujar Mohd. Iqbal berkata, saspek telah ditangkap dan direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 15 Februari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan menggunakan senjata.

Sehubungan itu, mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Zulkifli ditalian 03-55202222.

Terdahulu, tular satu hantaran dalam Facebook daripada pengguna, Stanlley Tai, yang memuat naik keadaan selepas kejadian yang memaparkan mangsa cedera serta pengawal keselamatan terbabit ditahan oleh orang ramai.

-EDISI9

Terkini

Lebih 27,000 kandungan diturunkan sejak awal tahun – MCMC

SEBANYAK 27,115 kandungan bersifat provokatif melampau dalam media sosial dan platform Over The Top (OTT) telah diturunkan dalam tempoh...

Lagi Artikel Berkaitan