28.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Ustaz Wadi Annuar mohon maaf sebut ‘sembah syaitan’

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENCERAMAH bebas, Ustaz Mohamad Wadi Annuar Ayub membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua masyarakat India beragama Hindu berikutan kenyataannya yang mengandungi sensitiviti agama.

Mohamad Wadi berkata, dia tidak berniat untuk menghina ataupun menyinggung perasaan mana-mana penganut agama lain.

“Dalam ceramah itu, saya telah menyebut tentang perarakan Thaipusam yang dihadiri sekumpulan orang Melayu Islam dan saya menyatakan ia merupakan kesalahan dalam agama Islam kerana menyertai perayaan agama lain yang berbentuk keagamaan.

“Saya terlepas pandang dengan menyebut perkataan ‘sembah syaitan’  dan ia adalah ‘kekhilafan’ daripada saya sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, dia sangat menghormati semua masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

“Semoga dengan kenyataan permohonan maaf itu, keharmonian rakyat berbilang kaum di negara kita dapat dicapai,” katanya.

Permohonan maaf secara rasmi itu susulan kenyataannya yang menyentuh sensitiviti agama pada satu ceramah di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka pada Jumaat.

-EDISI9

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda gagal jinakkan Uzbekistan

HASRAT skuad Harimau Muda negara untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata daripada juara edisi 2018, Uzbekistan gagal apabila ditundukkan 0-2...

Lagi Artikel Berkaitan