Wednesday, July 22, 2026

Jangan sebar kenyataan sentuh sensitiviti agama, kaum

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia menasihatkan orang ramai agar tidak mengeluarkan atau berkongsi sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan keharmonian kaum atau membangkitkan kegusaran awam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang sengaja ingkar sehingga mengganggu-gugat keharmonian yang ada.

Polis memantau rapi situasi keselamatan semasa dan akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang dikesan mengeluarkan kenyataan menyentuh sensitiviti agama/kaum yang mengganggu-gugat keselamatan dan ketenteraman negara.

“Tahap keselamatan semasa adalah terkawal dan Polis memberikan komitmen untuk memastikan penguatkuasaan undang-undang dilaksana secara berterusan demi memastikan keselamatan kekal terjamin,” katanya menerusi kenyataan hari ini. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan