27.5 C
Kuala Lumpur
Monday, March 20, 2023

3 lelaki bergaduh di restoran nasi kandar ditangkap

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TIGA pelanggan yang tular membuat kekecohan serta memukul pekerja sebuah restoran di Glomac, Cyberjaya, malam semalam telah berjaya ditangkap polis.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengurus sebuah restoran memaklumkan tentang kejadian dan menahan tiga suspek berusia 50 hingga 51 tahun di dua lokasi berasingan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek pergi ke restoran berkenaan dan ketika berada di bahagian nasi kandar, salah seorang daripada mereka dipercayai mabuk menggunakan jari untuk mengambil lauk.

“Teguran itu telah membuatkan suspek menjadi berang dan bertindak agresif memukul pekerja restoran tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Wan Kamarul Azran, susulan kejadian itu, mangsa mengalami lebam pada leher, kepala, bahu kiri dan telinga akibat dipukul suspek.

Menurutnya, pengadu yang juga pengurus restoran mendakwa berdepan kerugian apabila peralatan kedai dirosakkan termasuk pinggan dan lauk tercemar hingga terpaksa dibuang.

Baca juga:   Dua beradik lemas di kolam renang

“Siasatan turut mendapati dua suspek masing-masing pemandu pelancong dan pemandu teksi mempunyai rekod jenayah dan dadah,” katanya.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324, 327 dan 506 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular satu video yang memaparkan kejadian dua lelaki memukul pekerja sebuah restoran nasi kandar sehingga mengakibatkan kekocohan dan kerosakan barangan di premis tersebut. 

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Pemimpin, ahli UMNO perlu kerjasama kukuhkan semula parti

NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengajak seluruh ahli keluarga besar UMNO membaiki hubungan di atas kekhilafan...

Lagi Artikel Berkaitan