26 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

Liga Juara Juara: Chelsea berdepan Real, Bayern menanti City

Mesti Baca

UNDIAN peringkat suku akhir Liga Juara Juara Eropah sebentar tadi menyaksikan dua wakil Inggeris, Chelsea dan Manchester City berdepan tugas sukar apabila diundi bertemu dua kelab gergasi, Real Madrid dan Bayern Munich.

The Blues akan bertandang ke Santiago Bernabeu untuk aksi pertama sementara City pula akan melayan kunjungan Bayern di Stadium Etihad sebelum terbang ke Jerman bagi aksi timbal balik.

Pemenang antara kedua-dua perlawanan akan bertemu di peringkat separuh akhir bagi menentukan siapa layak ke final yang akan diadakan di Istabul, Turkiye pada Mei nanti.

Untuk rekod, Chelsea tewas 5-4 secara agregat kepada juara bertahan, Real juga di peringkat suku akhir pada musim lalu.

Sementara itu, dua lagi aksi suku akhir memperlihatkan dominasi tiga wakil Itali apabila AC Milan diundi menentang Napoli untuk perlawanan pertama sementara Inter Milan pula akan ke Portugal menentang Benfica.

Baca juga:   Adebayor umum persaraan

Jika Inter menang secara agregat di suku akhir, pastinya menjanjikan pertemuan wakil Itali di separuh akhir nanti apabila diundi menentang pemenang antara Milan dan Napoli. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

KPM dalam proses akhir muktamad Dasar Pendidikan Digital

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) dalam proses akhir untuk memuktamadkan Dasar Pendidikan Digital (DPD) yang akan menjadi elemen penting dalam...

Lagi Artikel Berkaitan