30 C
Kuala Lumpur
Monday, March 20, 2023

Semakan daftar pemilih tambahan Februari 2023 kini dibuka

Mesti Baca

DAFTAR pemilih tambahan bagi Februari 2023 kini dibuka untuk semakan selama 30 hari bermula hari ini hingga 15 April depan.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, seramai 36,896 individu yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 28 Februari 2023, telah didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu.

Katanya, dalam tempoh itu, terdapat 10,771 pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya sementara 4,256 pemilih bertukar status atau kategori pengundi.

” SPR menyeru kepada warganegara yang berumur 18 tahun ke atas dalam tempoh 1 hingga 28 Februari 2023 dan mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status untuk menyemak nama mereka.

“Sekiranya nama mereka tidak disenaraikan DPT BNL2/2023, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.gov.my atau hadir ke pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Baca juga:   Lebih 7 penjuru: 12 kawasan guna peti undi tambahan

Terdapat lima kaedah semakan yang disediakan SPR bagi DPT BNL2/2023 seperti menerusi portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau htttps://mysprsemak.spr.gov.my juga di portal rasmi pejabat Pilihan Raya Negeri (http://ppn.spr.gov.my).

Selain itu, semakan boleh dibuat menerusi aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.gov.my, aplikasi mudah alih MySPR Semak atau talian hotline semakan pendaftaran pemilih di talian 03-8892 7218.

Baca juga:   MPV curi lembu terbakar, individu dalam video tular diminta tampil

Sementara itu, Ikmalrudin berkata, pemilih berdaftar di satu-satu bahagian pilihan raya yang berhasrat membuat bantahan boleh melakukannya menerusi aplikasi dalam talian SPR.

“Bantahan ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran bahagian pilihan raya boleh dibuat dengan mengisi Borang D melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.gov.my atau hadir ke pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan,” ujarnya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Pemimpin, ahli UMNO perlu kerjasama kukuhkan semula parti

NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengajak seluruh ahli keluarga besar UMNO membaiki hubungan di atas kekhilafan...

Lagi Artikel Berkaitan