29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Sanusi minta maaf secara terbuka kepada Mahfuz

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor hari ini membuat permohonan maaf kepada Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar berhubung fitnah dilakukannya terhadap bekas Ahli Parlimen Pokok Sena itu, empat tahun lalu.

Permohonan maaf itu dibuat Muhammad Sanusi menerusi laman Facebooknya pada Jumaat.

Muhammad Sanusi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri membuat kenyataan maaf itu dibuat berdasarkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 8 November 2021.

“Pada 30 Julai 2019, saya telah membuat satu hantaran di Facebook yang menyentuh isu perpindahan premis judi Alor Setar ke Pokok Sena.

Advertisements

“Saya menyatakan bahawa pemimpin Amanah dan Pakatan Harapan (PH) yang merupakan kerajaan ketika itu sudah pudar sensitivitinya kerana perpindahan premis berkenaan berlaku ke kawasan majoriti Islam di Kedah tanpa sebarang halangan.

“Sehingga isu tersebut ditimbulkan masyarakat setempat dan saya, empat bulan selepas kelulusan diberikan Kementerian Kewangan,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi turut memaklumkan berikutan saman fitnah difailkan Mahfuz berkaitan hantaran Facebook tersebut, Mahkamah Tinggi serta Mahkamah Rayuan pada 3 April lalu memutuskan bahawa hantaran tersebut itu merupakan satu fitnah terhadap Mahfuz.

Susulan daripada keputusan mahkamah itu, Muhammad Sanusi diperintahkan untuk membuat permohonan maaf kepada mantan Ahli Parlimen Pokok Sena itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan