25.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Guan Eng gembira dua jalan diletakkan nama pemimpin DAP

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI DAP, Lim Guan Eng melahirkan rasa gembira kerana dua jalan di negara ini dinamakan semula dengan nama pemimpin daripada parti berkenaan.

Ahli Parlimen Bagan itu mengucapkan tahniah kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook melalui ciapan di laman Twitternya, di atas kejayaan menamakan sebatang jalan di Negeri Sembilan sempena nama pengasas parti iaitu mendiang Dr Chen Man Hin.

“Tahniah kepada Setiausaha Agung Anthony Loke dan Teo Kok Seong yang menjayakan usaha ini. Keluarga Dr Chen pastinya berbesar hati. 

“Negeri Sembilan dibawah Anthony Loke menyertai Pulau Pinang dalam menjadi dua negeri yang menamakan jalan sempena pimpinan kita,” ciapnya baru-baru ini.

Advertisements

Nama Man Hin diabadikan di Jalan Temiang dan dirasmikan oleh Anthony yang juga Menteri pengangkutan pada Khamis.

Terdahulu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun mengumumkan pertukaran dua batang jalan iaitu Jalan Temiang kepada Jalan Dr Chen Man Hin dan Jalan Sekamat kepada Jalan Datuk Sheikh Mohd Murtadza Ahmad iaitu bekas Mufti Negeri Sembilan.

Man Hin, 97, merupakan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Rahang dari tahun 1965 hingga 1982 dan juga pernah menjadi Ahli Parlimen Seremban Timor (1969 – 1974) dan Seremban (1974 – 1982 dan 1983 – 1990).

Mendiang meninggal dunia di kediamannya di Seremban, Negeri Sembilan, pada 17 Oktober tahun lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan