26.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

MSL: Kedah belasah Kelantan 5-0

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEDAH melonjak ke tangga keempat selepas membelasah Kelantan 5-0 dalam aksi Liga Super Malaysia (MSL) di Stadium Darulaman, Alor Setar, malam tadi.

Tuan rumah berada di depan pada minit ke-16 selepas kapten, Manuel Ott bijak melakukan pusingan badan mengelirukan barisan pertahanan sebelum melepaskan satu rembatan menerjah jaring.

Kedah tambah selesa apabila pemain naturalisasi kebangsaan, Lee Tuck menyempurnakan hantaran Manuel Hidalgo di dalam kawasan penalti dan menyudahkannya pada minit ke-28 menjadikan kedudukan 2-0.

Skuad bimbingan Nafuzi Zain itu terus garang di babak kedua apabila menambah tiga lagi jaringan menerusi tiga penjaring berbeza.

Advertisements

Hidalgo menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-47 selepas menyempurnakan hantaran William Lira dalam kawasan penalti.

Kedah memperoleh sepakan penalti apabila bola terkena tangan Afzal Akbar ketika pemain itu cuba menghalang larian Kamil Akmal Halim.

Lira yang ditugaskan mengambil sepakan penalti tidak berdepan masalah untuk menewaskan Nik Mohamad Amin Ahmad yang merebah badan ke arah bertentangan ketika sepakan diambil.

Jonathan Balotelli menambah derita pelawat dengan gol kelima pada minit ke-89 sekali gus memastikan tiga mata penuh milik Kedah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan