23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 18, 2025

Data lebih 11,000 pemohon bocor, UITM mohon maaf

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

UNIVERSITI Teknologi MARA (UiTM) pada Selasa memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan hingga berlaku kebocoran data lebih 11,000 pemohon universiti berkenaan.

Menerusi akaun Twitter rasminya, UiTM mengesahkan bahawa pautan kepada senarai sebanyak 11,891 nombor kad pengenalan dan emel pemohon itu tidak lagi aktif kerana kemas kini telah dilakukan.

“Pautan kepada senarai tersebut tidak lagi aktif dan kemaskini telah dilakukan. Pihak UiTM mohon maaf di atas kesilapan yang berlaku,” katanya menerusi kenyataan di ciapan Twitter.

Sebelum ini, seorang pengguna Twitter mendakwa UiTM telah menyiarkan nombor MyKad dan e-mel 11,891 pemohon di internet.

Advertisements

Katanya, maklumat nombor kad pengenalan dan alamat e-melnya turut didapati dalam senarai berkenaan.

Pengguna Twitter itu turut memuat naik beberapa tangkap layar senarai tersebut.

Beberapa pengguna media sosial mengkritik UiTM susulan kesilapan itu dan menyifatkan pihak universiti sebagai cuai.

Data yang bocor itu didakwa termasuk rekod terperinci pelajar dari kampus induk UiTM di Shah Alam, serta 13 kampus negeri di seluruh negara. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lima beregu negara melangkah bergaya ke separuh akhir

LIMA beregu negara masing-masing dua beregu lelaki, dua beregu campuran dan satu beregu wanita melangkah bergaya ke separuh akhir...

Lagi Artikel Berkaitan