25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

PM wajar bawa segera Akta Pendanaan Politik ke Parlimen

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewajarnya membawa segera Akta Pendanaan Politik ke Parlimen dengan menyertakan isu peruntukan Parlimen dalam akta tersebut.

Bekas Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, Anwar perlu melaksanakannya jika benar Ahli Parlimen Tambun itu berpegang dengan keperluan reformasi institusi.

“Jika Anwar masih ada sekelumit minat terhadap reformasi institusi, maka peruntukan parlimen seharusnya diberikan secara automatik kepada semua yang dipilih rakyat, tanpa perlu apa-apa perbincangan.

“Malahan peruntukan dana pembangunan kawasan parlimen sepatutnya dimasukkan dalam akta pendanaan politik yang dilaksanakan secara sama rata tanpa mengira siapa berkuasa,”katanya.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu berkata, dalam sebuah negara demokrasi, memilih wakil rakyat adalah hak mutlak rakyat.

“Hanya dalam negara kuku besi saja pemerintah merasakan dirinya lebih mulia dan lebih berkuasa sehingga boleh menafikan pilihan rakyat.

“Kefahaman demokratik inilah yang dilakonkan oleh Pakatan Harapan (PH) selama ini, dan kini kefahaman itu telah hilang dari PH apabila Anwar mabuk kuasa.

“Kalau ikut pemikiran PH-UMNO, Perikatan Nasional mesti berbincang dengan Anwar Ibrahim dulu.

“Bagi kerajaan PH-UMNO, titah Anwar boleh menafikan pilihan rakyat,”katanya.

Advertisements

Ujarnya, beliau terlibat dalam beberapa jawatankuasa kerajaan mengenai pendanaan politik sejak 2015 sehinggalah 2020.

“Pada 2015 Datuk Seri Najib Razak lantik saya menyertai Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik. Pada 2018 Tun Dr. Mahathir bin Mohamad lantik saya menyertai Electoral Reform Committee dan ia disambung pada 2020 semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Pada era Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula kita sudah sampai ke tahap perbincangan mengenai draf akta pendanaan politik. Maksudnya laporan penuh yang terperinci sudah ada dan draf akta juga sudah ada.

“Malangnya Anwar hanya berlakon di pentas ceramah saja seolah mahukan reformasi institusi, tapi sebenarnya dia gagal dalam pelaksanaan.

“Anwar jangan bagi alasan bahawa sebelum ini pun perlu berbincang atau sebelum ini pun tak bagi. Kalau nak ikut amalan sebelum ini, buat apa Anwar jadi PM kalau mandul dalam membawa pembaharuan?

“Jelas sekali Anwar ini pelakon saja. Tapi perlaksanaan cacamarba dan tak ada halatuju. Jadi, boleh lagi kita percaya apa Anwar kata?, ujar beliau.

Baru-baru ini, pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan supaya kerajaan Pahang memberikan peruntukan adil kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang di negeri ini.

Baginda bertitah, hampir 66 tahun merdeka landskap politik perlu berubah dan matang, kerajaan perlu meraikan pembangkang kerana mereka juga telah dipilih oleh rakyat. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan